Tentang Blog Ini


Blog khas untuk SPM Leavers (lepasan SPM) untuk mendapatkan maklumat, info dan perbincangan berkaitan biasiswa, kursus, universiti, pendidikan tinggi, kerjaya, kewangan dan pembanungan diri.
Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Jan 27, 2019

Perancangan Kewangan untuk Lepasan SPM



Perlukah lepasan SPM merancang kewangan? Ya, sangat penting. Ramai yang "just follow the flow" berakhir dengan penyesalan tidak merancang kewangan daripada awal. Antara isu yang selalu terjadi ialah duit poket yang dapat daripada biasiswa, pinjaman atau pemberian ibu bapa digunakan sehingga habis, dan berakhirnya pembelajaran universiti dengan fresh zero money.

Sebenarnya dengan ilmu dan persiapan kewangan yang sempurna, lepasan SPM boleh menyimpan dengan banyak sekali, dan sejurus selepas habis pembelajaran boleh memberikan hasil berikut:

1. Ada wang lebih untuk ambil risiko buat bisnes (lagi muda, lagi tiada komitmen untuk ambil risiko).
2. Ada duit atau progress untuk downpayment rumah. Dari muda lagi sudah mempunyai rumah yang boleh disewakan semasa anda masih lagi duduk bersama keluarga tercinta.
3. Ada modal untuk kembangkan duit dalam pelaburan yang sah seperti saham, dan duit beranak pinak (compounding effect) dengan cepat.

Dengan modal RM10,000 ke RM30,000, anda sudah mampu hasilkan 3 perkara diatas dan berjaya dengan jayanya. Ya, cakap senang tapi kalau tak faham apa-apa tentang kewangan, bagaimana nak ada motivasi untuk menyimpan? Jadi, ilmu apa yang anda perlu tahu tentang kewangan?

1. Apakah kepentingan berdisiplin dengan adanya lebihan pendapatan (daripada biasiswa/pinjaman/duit ibu ayah) berbanding perbelanjaan.
2. Bagaimana mengurangkan perbelanjaan dengan mengurangkan komitmen bulanan seperti sewa bilik, bayaran prepaid/bil dan apa implikasi besar pengurangan hanya RM100 pada jangka masa panjang?
3. Bagaimana membeli barang dengan harga lebih murah?
4. Apakah bahaya meminjam dan berhutang?
5. Apakah bisnes yang boleh dijalankan oleh pelajar yang tidak mengganggu pembelajaran?
6. Apakah ilmu yang perlu dipersiapkan untuk menjalankan bisnes selepas graduasi? (Ramai graduasi nak cuba-cuba bisnes tapi baru nak start belajar)
7. Bagaimana pulangan 10% setahun, boleh menggandakan wang anda sebanyak 100% dalam masa kurang 10 tahun.
8. Bagaimana melabur dalam IPO saham boleh memberikan pulangan yang tinggi dengan modal yang rendah dan mampu milik oleh lepasan SPM.
9. Bagaimana memulakan pelaburan dalam saham, risiko yang telibat, dan kepentingan berkenalan dengan syarikat-syarikat yang ada saham di Bursa Malaysia dan dunia. Anda boleh gunakan perisian saham seperti iSaham untuk mula mengenali saham-saham.

Dengan ilmu-ilmu diatas, anda akan lebih bersedia menghadapi dunia sebenar selepas graduasi. Ramai yang habis universiti, ingatkan subjek-subjek universiti yang membantu menaikkan kewangan masing-masing dengan kerja dan gaji, akhirnya sedar nak depat kerja yang berkaitan dengan subjek pun susah. Bila dah ada duit, tak tau macam mana nak jaga dan kembangkan.

Mulakan misi mencari ilmu anda semasa anda masih muda. Anda tidak akan menyesal. Banyak ilmu free di internet, anda hanya perlu luangkan masa untuk ilmu berfaedah ini. Cadangan boleh dapati ilmu-ilmu berkaitan di sini: perkongsian ilmu kewangan dan blog pelaburan saham.

Harapnya dapat jumpa jutawan-jutawan muda yang banyak meluangkan masa mempelajari ilmu kewangan sejak habis SPM lagi.


Feb 15, 2016

Bina Strategi Kewangan

Selaku lepasan SPM, waktu ini waktu yang paling penting untuk membina strategi kewangan masing-masing. Ramai yang berfikir, "Ala, lepas ni nak dapat biasiswa atau pinjaman, pastu kerja, nak risau apa?"
Lepas SPM, duit anda kena sentiasa menaik!

Pada peringkat awal, memang nampak perancangan kewangan ni macam tak perlu. Rasa sudah hidup dalam comfort zone. Kalau ada statistik, pasti ramai yang menyesal tidak memulakan perancangan kewangan sejak habis SPM. Sebab apa? Lepas habis universiti, tidak ada duit dah, sebab semua duit yang dapat dah dibelanjakan on the spot. Keinginan untuk dapat apa yang nak cepat. Pada masa itu, tidak ada lagi financial freedom, maka kita tidak ada option utk mencuba sesuatu yang baru, and berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan kerja. Hidup pun jadi makin stress.

Sekarang, binalah strategi kewangan anda. Eh macam mana ye?

Pertama, jangan berboros mulai SEKARANG. Kalau yang minat phone, cukuplah phone yang murah tapi berkualiti memadai penggunaan kita. Kurangkan perbelanjaan pada accessories (phone atau apa2 saje accessories - camera, mouse, laptop dan lain2). Kalau berasa nak jugak beli benda mahal-mahal, usahakan dulu duit itu, dan hanya belanjakan beberapa peratus dari hasil usaha tersebut.