Tentang Blog Ini


Blog khas untuk SPM Leavers (lepasan SPM) untuk mendapatkan maklumat, info dan perbincangan berkaitan biasiswa, kursus, universiti, pendidikan tinggi, kerjaya, kewangan dan pembanungan diri.

Mar 14, 2019

Biasiswa Bank Negara Malaysia untuk Lepasan SPM

Biasiswa bank negara untuk lepasan SPM.


Bank Negara Malaysia menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang berkaitan kewangan seperti ekonomi, perakaunan, kewangan, sains aktuari, matematik, statistik, sains data, undang-undang dan sains komputer.

Untuk memohon, sila ke link berikut: bnm.my/scholarship2019

Biasiswa Petronas untuk Lepasan SPM - Petronas Education Sponsorship Programme (PESP)

Biasiswa Petronas untuk lepasan SPM.


Pelbagai program ditawarkan dalam bidang minyak dan gas (oil & gas) termasuk sains aktuari, sains komputer, ekonomi, matematik, psikologi, kejuruteraan komputer dan statistik.

Untuk memohon biasiswa, sila ke https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS. Permohonan ditutup pada pukul 5 petang, 21 Mac.

Mar 11, 2019

Selepas SPM - Bagaimana nak corakkan kehidupan yang anda mahukan?

Ramai lepasan SPM tidak tahu apa hala tuju selepas SPM. Mereka atau anda tidak tahu apa "passion" atau minat anda dan apa hala tuju yang nak atau perlu diambil. Pelajar universiti juga kadang-kadang samar-samar dan mempunyai pelbagai persoalan tentang masa depan.

Ikuti kelas online oleh Aiman Azlan untuk explore dengan lebih lanjut bakat dan minat anda, serta merancang pelan masa depan anda yang anda mahukan.


Untuk mendaftar, sila ke link berikut: www.aimanazlan.com/afterspm

Jan 30, 2019

Siri Jelajah Pendidikan Selangor 2019


Jelajah Pendidikan Selangor merupakan program yang dianjurkan oleh Persatuan Generasi Selangor Berjaya dengan sokongan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Inisiatif program ini ialah untuk membuka ruang dan peluang kepada belia-belia untuk menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Institut Kemahiran. 

Biasiswa & bantuan kewangan untuk lepasan SPM/STPM ada ditawarkan khusus kepada anak-anak Selangor (rujuk banner diatas). Sila rujuk http://www.jelajahpendidikanselangor.com untuk maklumat selanjutnya berkaitan inisiatif dan program di atas.



Jan 27, 2019

3 Ilmu Penting yang Membolehkan Anda Pergi Jauh dalam Apa-Apa Bidang

Dalam posting sebelum ini, kita ada bincangkan betapa pentingnya ilmu kewangan untuk dihadami dari peringkat awal sebagai SPM Leavers. Ada ilmu lain yang berguna juga untuk diasah sebab ilmu-ilmu boleh bawa anda pergi jauh sama ada di peringkat universiti, kerjaya mahupun bisnes. 3 ilmu tersebut adalah seperti berikut:

1. Ilmu menulis


Menulis nampak macam mudah dan membosankan, tetapi siapa sangka ilmu ini boleh menjadikan anda jutawan semasa anda masih muda lagi. Ada kenalan kami yang menulis blog dan blog tersebut dibeli oleh syarikat besar dengan harga 1 juta. Penulisan boleh dibuat tentang apa saja dan paling mudah dimulakan dalam bentuk blog.

Anda boleh menulis tentang diri anda, review produk, pandangan umum, pandangan kritis dan juga perkongsian ilmu. Kadang-kadang anda pun tak sangka perkongsian anda berjaya mendapatkan ribuan follower dan menjadikan anda instafamous secara tidak langsung.

Ilmu penulisan juga boleh memberikan anda kelebihan dalam subjek-subjek universiti yang memaksa anda membuat report (yang selalunya anda bertarung banyak malam untuk submit assignment). Dalam dunia kerjaya, ilmu penulisan akan memberikan extra advantage kepada anda sebab banyak proposal memerlukan penulisan yang boleh membawa projek kepada syarikat.

Dalam dunia bisnes apatah lagi, content marketing sekarang merupakan elemen yang amat penting, dan bisnes anda mungkin kebelakang hanya sebab anda tidak boleh menulis dan berkongsi ilmu dengan follower anda.

Cara terbaik untuk menambahbaik ilmu menulis ini ialah tidak lain dan tidak bukan dengan banyak menulis.

2. Ilmu bercakap / berkomunikasi / berucap

Bercakap memang mudah bila dengan kawan - sebab itu berborak namanya. Tetapi, untuk bercakap di depan orang ramai, atau present untuk close deal, ini satu skill yang perlu diasah dari semasa ke semasa. Ilmu bercakap atau ilmu komunikasi sangat penting kerana kuasa komunikasi boleh menyebabkan seseorang yang tidak mahu beli barang tiba-tiba menjadi nak. Sebab tu kalau ada ejen nak jual produk, dia lebih jumpa face-to-face. Dari segi bisnes, memang tidak dinafikan ilmu ini merupakan antara ilmu paling penting untuk dikuasai.

Dalam syarikat, kebolehan seseorang berkomunikasi sangat ditekankan sebab aliran kerja dalam syarikat sangat memerlukan anda berkomunikasi secara jelas setiap hari. Ilmu ini akan memudahkan anda untuk buat kerja.

Untuk mengasah ilmu ini, anda digalakkan melihat contoh-contoh mereka yang mantap berkomunikasi (boleh cari di YouTube). Anda juga boleh belajar flow komunikasi yang efektif seperti memulakan dengan sebuah persoalan, dan memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

3. Ilmu membina website

Di abad yang teknologi menguasai industri, pentingnya untuk kita mendapatkan ilmu asas dalam bidang ini. Walaupun kita ada rasa nak jadi boss yang nak cari pekerja yang boleh programkan untuk kita, boss yang tahu menahu teknologi akan lebih kehadapan dan hasilkan output yang lebih baik.

Ilmu ini sangat penting jugak kerana ia membolehkan anda membuat part-time bisnes semasa anda sedang belajar di universiti, dan mungkin semasa anda masih peringkat awal SPM Leavers lagi. Ilmu membina rangkaian web boleh memberikan anda keupayaan menghasilkan website yang satu dunia boleh akses dan di situ anda boleh capai matlamat yang anda mahukan.

Selalunya yang baru nak baru nak membina website, mereka akan mulakan dengan sesuatu yang mudah dan tidak memerlukan learning curve yang tinggi. Selalunya, kami sarankan mulakan dengan membina website menggunakan wordpress. Untuk permulaan, kami cadangkan anda rujuk disini untuk mengetahuai apa yang penting dalam membina website.

3 ilmu ini selalu dipandang rendah dan ditanggungkan sehingga betul-betul rasa perlukan. Sedangkan diri anda boleh di-upgrade sejurus selepas anda menguasai skill ini diusia muda lagi. Jom tambah power kita dengan 3 ilmu ini!