Salah satu yang belum disebut di dalam laman blog ini ialah menambah ilmu melalui bacaan. Membaca seringkali dianggap suatu yang tidak "trending", bosan dan tidak ada apa-apa kesan yang baik. Pada yang memandang bacaan melalui pandangan hati, sudah tentu akan melihat betapa ruginya sekiranya tidak menggunakan masa kosong untuk membaca. Bukan itu sahaja, membaca sepatutnya diamalkan oleh mereka yang ada masa kosong dan juga sibuk dengan urusan kerja dan bisnes. Rata-rata billionaire terkemuka dunia yang sangat sibuk membaca sekurang-kurangnya 1 jam satu hari. Bagaimana pula dengan anda?
Antara kelebihan membaca ialah:
- Meningkatkan ketajaman minda untuk menyelesaikan sesuatu masalah
- Berfikiran terbuka dan membuka perspektif baru dalam penilaian sesuatu pandangan dan peristiwa
- Menambahkan ilmu pengetahuan yang tidak diketahui sebelum ini dan mengukuhkan yang telah diketahui
- Menjadikan ilmu sebagai hobi dan kurang membuang masa pada perkara yang tidak penting
- Anda akan sentiasa maju setapak berbanding dengan rakan-rakan anda
Tunggu apa lagi? Jadikan masa menunggu keputusan sebagai masa membaca. Kalau keputusan anda baik mana pun tapi anda tidak membaca, anda boleh tengok perbezaannya dengan orang yang konsisten membaca bahan bacaan ilmiah pada suatu masa akan datang.
Bookmart - Jimat Duit, Tambah Ilmu |
Kami menyarankan anda merujuk kepada Kedai Buku Online - Bookmart. Jimat duit, tambah ilmu. Harga di Bookmart menggunakan konsep "Everyday Low Prices" (sekurang-kurangnya 10% daripada harga pasaran. Sila like laman facebook untuk mendapatkan promosi dan update terkini.
No comments:
Post a Comment