Tentang Blog Ini


Blog khas untuk SPM Leavers (lepasan SPM) untuk mendapatkan maklumat, info dan perbincangan berkaitan biasiswa, kursus, universiti, pendidikan tinggi, kerjaya, kewangan dan pembanungan diri.

Feb 15, 2016

Bina Strategi Kewangan

Selaku lepasan SPM, waktu ini waktu yang paling penting untuk membina strategi kewangan masing-masing. Ramai yang berfikir, "Ala, lepas ni nak dapat biasiswa atau pinjaman, pastu kerja, nak risau apa?"
Lepas SPM, duit anda kena sentiasa menaik!

Pada peringkat awal, memang nampak perancangan kewangan ni macam tak perlu. Rasa sudah hidup dalam comfort zone. Kalau ada statistik, pasti ramai yang menyesal tidak memulakan perancangan kewangan sejak habis SPM. Sebab apa? Lepas habis universiti, tidak ada duit dah, sebab semua duit yang dapat dah dibelanjakan on the spot. Keinginan untuk dapat apa yang nak cepat. Pada masa itu, tidak ada lagi financial freedom, maka kita tidak ada option utk mencuba sesuatu yang baru, and berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan kerja. Hidup pun jadi makin stress.

Sekarang, binalah strategi kewangan anda. Eh macam mana ye?

Pertama, jangan berboros mulai SEKARANG. Kalau yang minat phone, cukuplah phone yang murah tapi berkualiti memadai penggunaan kita. Kurangkan perbelanjaan pada accessories (phone atau apa2 saje accessories - camera, mouse, laptop dan lain2). Kalau berasa nak jugak beli benda mahal-mahal, usahakan dulu duit itu, dan hanya belanjakan beberapa peratus dari hasil usaha tersebut.


Ini merupakan point kedua: cari kerja part-time atau full-time. Bagi yang stuck macam mana nak cari kerja, boleh juga komen di page ini, dan kita boleh berborak lebih lanjut dalam pm utk kami syorkan kerja yang sesuai berdasarkan keadaan dan skill semasa anda.

Selepas anda berjaya generate income, harus anda ketahui berapa peratus simpanan, berapa peratus utk kegunaan keperluan, dan berapa peratus untuk belanja lebih. Bagi yang advanced sikit, ada banyak cara yang halal untuk anda laburkan duit daripada sekurang. Sesunggahnya, bermulalah mencari ilmu dari sekarang. Anda tidak akan menyesal dengan ilmu!

Akhir sekali, daripada awal asingkan peratusan duit untuk menderma. Mitos menderma bila kaya sahaja harus dibuang daripada diri, takut-takut takkan menjadi kaya. Menderma itulah tidak akan mengurangkan kekayaan anda. Yakinilah!

Selamat membina strategi kewangan!

No comments:

Post a Comment